Favorite Past Time

...part 4 tak mahu sendiri...

Penat memandu balik dari kerja masih terasa. Kalau lambat pulang, Hajah Kamsiah tentu memetir. Anak dara mana elok balik rumah lambat-lambat pesan Hajah Kamsiah pada Darwina. Hajah Kamsiah cukup menjaga adat dan pantang larang. Lagi-lagi anak perempuan. Menutup mulut Hajah Kamsiah, dihulur Darwina gelang mutiara. Pemberian Hakim sebenarnya sewaktu Hakim pergi bercuti ke Beijing. Hampir sebulan gelang mutiara putih itu tinggal berhabuk di dalam kotak.

"Cantiknya! Ini mutiara betul ni... ikat dengan emas ni mesti mahal." Darwina pura-pura leka mengunyah pisang goreng. Hajah Kamsiah memang cekap sungguh kalau menengok barang kemas. Tahu saja membezakan mana yang tiruan atau tidak. "Berapa harga?" Desak Hajah Kamsiah yang masih tekun menatap gelang itu. 'Hmm,mama...berilah berpeti emas,memang tak menolak!' bisik hati kecil Darwina.

"Entah!"
"Hei, sendiri beli tak tahu?" Sergah Hajah Kamsiah. "Kawan beri!" "Kawan mana?"
"Hakim..."Spontan nama itu meluncur di bibir kecil milik Darwina. "Ohh, kawan kamu yang polis itu?" Soal Hajah Kamsiah lagi. Darwina berhenti mengunyah. Hampir sahaja dia tersedak dengan pertanyaan Hajah Kamsiah. 'Menyesalnya kalau menjawab macam orang lurus bendul!' Bentak hati Darwina lagi. Hajah Kamsiah mulalah mahu menyiasat.

"Eh, sejak bila kamu berbaik dengan dia lagi?" Serkap Hajah Kamsiah dengan senyum yang penuh makna. "Wiwi kawan jelah ma..."

"Kalau berkawan takkan sampai diberi barang mahal?" Pintas Hajah Kamsiah.

"Alah, kita orang pun bukan selalu jumpa. Telefon pun tak ada... Dia pun entah ke mana lenyapnya!" Sempat pula Darwina mengeluh. Memang itu yang sebenarnya. Hakim memang jarang-jarang menghubunginya sejak mereka bertemu kembali empat bulan lepas. "Kamu yang sibuk tak tentu hala. Keluar rumah dengan matahari, selagi tak timbul bulan kat langit tu mana kamu reti cari jalan pulang. Telefon yang ada tu... Gantung kat dada. Biar senang nak dengar orang telefon kamu..." Hajah Kamsiah menyambung syarahan. Perlahan-lahan dia bingkas dari meja dapur. Menggunung kesalnya bila tersilap beri hadiah pada mamanya. Ingatkan mahu merasuah mama, rupanya bertambah panas telinga mendengar. "Habis tu budak Faris tu... Apa pula?" Hajah Kamsiah mengekorinya ke ruang tamu. Kali ini bertambah kencang dada mendengar pertanyaan Hajah Kamsiah "Dia kata dia kawan sepejabat kamu... Selalu kamu minta tolong dengan kerja-kerja pejabat kalau terdesak. Betul ke?"

Merah padam muka Darwina. 'Ya Allah, mama tahu sampai ke situ? Hish berlebih pulak si Faris ni!' Mulalah Darwina menyumpah seranah berbakul-bakul di dalam hati. "Alah, kalau dah terdesak tu... Kami kat pejabat tu khadamkan dia... Alah, nama pun kawan sepejabat! Itu pun dia mengadu dekat mama ke?"

Menggeleng Hajah Kamsiah mendengar jawapan mudah Darwina. Dia tahu kalau tidak mendesak Darwina, anak gadisnya itu memang mengelak daripada bercakap hal teman lelaki. Dan, itulah yang paling dirisaukan. Umur sudah banyak, bilalah Darwina akan bertemu jodoh. Faris, kenalan Darwina itu memang baik nampaknya. Berkenan benar di mata Hajah Kamsiah.

"Masa dia datang tu solat Asar dah nak habis waktu, kelam-kabut dia minta tumpang sembahyang. Baik benar budaknya!" Puji Hajah Kamsiah menyebabkan Darwina bertambah tersentap.

"Alah, itu semua propa je... Propaganda! Nak cairkan mama!" Terherot muka Darwina. Lemas pula dia bila mamanya asyik menyebut berulang kali nama Faris. "Dia kata kalau dia berani jumpa mama, kamu rembat... Lepas tu kamu tak layan dia!" Terbuntang mata Darwina merenung Hajah Kamsiah. Hilang kata-kata sekejap. 'Masya-Allah, mengada sungguh jantan ni! Memang gila meroyan! Itupun nak mengadu? Terbayang-bayang insiden Faris yang tersengih-sengih menghadiahkannya sekotak coklat.

"Jangan buat orang macam itu... Tak elok! Pemberian dia kita ambil, perasaan dia kita main-mainkan... Jangan buat orang mengharap." Kendur sedikit suara Hajah Kamsiah. Darwina tidak berupaya menjawab. 'Ya Allah, benarkah aku ini susah mendapat cinta, payah mencari jodoh!' Hati Darwina tiba-tiba mengeluh. Sepanjang dia melangkah ke bilik tidur, dia bagai terdengar-dengar lagi suara Hajah Kamsiah. 'Betulkah aku mempermainkan hati Faris?'
***
"Hah?? Nak bertunang? Bila?" Meninggi suara Darwina apabila melihat Mira sibuk-sibuk menyusun barang yang dibeli. Hampir berpinar-pinar mata Darwina dan Anis melihat beg-beg shopping di atas katil Mira. Tanpa menghiraukan tuan punya barang, satu persatu barang di dalam beg diselongkar Darwina.

"Amboi. Untung badan..." Sebenarnya ada nada cemburu pada suara itu. Namun Darwina cuba mengawal perasaan sendiri. Mira hanya mengenyit mata penuh nakal. Wajah gadis itu semakin bercahaya sejak pulang dari kampung. Cekap benar dia cover line! Katanya pergi melawat ibu di kampung. Konon Zainal sanggup ambil cuti untuk menjadi pak supirnya. Rupa-rupanya merencana sesuatu yang tidak dijangkakan.

"Wah, rantai Bonita musim panas! Mak oi, berapa Ringgit Malaysia ni? Berapa bulan gaji kau simpan nak beli semua ni?" Riuh Anis bertanya. "Mak datuk... Kasut cap Stuart Weitzman! Kasut warna perak siap dengan batu kristal swarovski..." Tanya Darwina lagi sambil mencuba-cuba. "Ini kira kasut cinderellalah kiranya, ya?" Tanya Anis. Mira tersenyum manja. 'Bahagianya dia...' Darwina termangu-mangu seketika. Cemburunya melihat sahabatnya itu. 'Aku? Agaknya betullah kata mama. Aku ni memilih sangat agaknya! Ya Allah, kasihanilah aku. Aku tak mahu tua keseorangan!'

###

...part 3 sepanjang jalan kenangan...

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa 

Lirik lagu diatas memberi makna mendalam dan tersendiri dalam hidup Darwina. Lagu Memori Tercipta nyanyian Shila Amzah itu cukup menusuk jiwa terutamanya ketika bersendirian. Waktu itulah segala peristiwa yang bersama mendewasakan dirinya. Pahit, manis, kelat dan masam semuanya bercampur baur pekat bergaul dalam ingatan. Semua kenangan itu akan membuat Darwina tersenyum sendiri. Itulah kenangan. Yang indah memberi kemanisan, yang pahit memberi pengajaran. 

Darwina membaringkan diri di katilnya. Dia bakal mengakhiri semester terakhirnya dalam diploma pada bulan hadapan. 3 tahun sudah berlalu. Antara kenangan yang paling memberi kesan dalam hidupnya kenangan sewaktu baru menapak di alam kampus. Setiap manusia akan mengalami zaman pra dewasa. Darwina menghabiskan zaman pra dewasanya di kampus. Semuanya berubah. Semuanya bertukar. Masih segar lagi di ingatan Darwina betapa dia enggan menerima hakikat umurnya sudah mencecah di awal 20. Darwina seorang gadis yang pemalu. Suaranya halus saja didengar ketika bercakap. Sedaya upaya dia berusaha bila melakukan pembentangan assignment. Lama -kelamaan Darwina mula terbiasa dan menerima keadaan di harus keluar dari takuk yang lama, barulah segalanya berjalan lancar. Dia kadang-kadang sudah tidak malu menjerit-jerit sekuat hati ataupun menyanyi sesedap rasa walaupun selalu off key bila bersama-sama sahabatnya.

Darwina tinggal di hostel sepanjang pengajiannya di UiTM Puncak Alam. Jika hujung minggu, barulah dia akan balik ke rumah. Berjauhan dengan mama dan papa sekali-sekala membuatkan rasa resah gelisahnya. Mana tak nya. Satu-satunya anak perempuan. Namun Darwina dapat juga menyesuaikan diri akhirnya. Sehinggakan dia terasa terlebih gembira berada di kampus.

Tinggal di hostel mengajar Darwina untuk hidup berdikari. Makan nasi dan lauk tak sesedap di rumah dan membasuh baju sendiri. Tapi itulah pengalaman yang tidak ternilai harganya. Khaleeda sampai sekarang masih tidak tahu menggosok baju sendiri. Alahai anak tunggal. Namun yang paling menyeronokan ialah teman-teman. Itu yang sukar didapati oleh pelajar-pelajar harian. Di hostel, Darwina lebih akrab dengan sahabat-sahabatnya. Segala masalah peribadi dan pelajaran dikongsi bersama. Bergelak ketawa dan bergaduh bermasam muka sesama sendiri adalah perkara rutin bagi setiap pelajar yang tinggal di hostel.

Dalam banyak-banyak teman sehostel, Darwina mempuanyai tiga orang sahabat yang paling rapat. Mira, Rina dan Anis. Mereka satu kepala, gila-gila dan dicemburui teman-teman lain. Biarpun begitu, minat masing-masing berbeza. Satu perkara yang memberi titik persamaan antara mereka ialah semuanya tak ambil kisah orang punya hal. Senang hidup berempat sahaja.

Kata orang, mereka berempat ini semuanya manis-manis dan bergaya belaka. Bak kata bahasa budak satu kelas, 'gadis melayu terakhir'. Oleh sebab itu, mereka berempat menjadi perhatian yang berlebihan di kalangan pelajar-pelajar lelaki sehinggakan ramailah gadis lain yang meluat atau lebih tepat memcemburui mereka. Manakan tidak, setiap hari ada sahaja datang salam perkenalan daripada abang-abang senior. Siap ada yang mengatakan mereka gila publisti murahan malahan ada yang pernah memberi amaran agar tidak terlalu rapat dengan kekasih mereka. Darwina teringat lagi, dia kerap menerima emel-emel misteri dari seorang lelaki yang dikenali sebagai Fikri. Katanya budak satu universiti tapi lain bidang. Darwina tidak pernah menghiraukan semua itu.

Sikap mereka berbeza-beza. Darwina sopan santun orangnya. Mira itu suka mengkritik sehingga ada sahabat perempuan menangis apabila dia memberi ayat makan dalam yang berbisa. Rina pula pandai memujuk orang. Anis sangat obses dengan program dietnya.

Bila di tahun akhir, mereka menjadi senior yang bebas bebuat apa sahaja.  Sanggup pulang lambat tengah malam sehingga berlaku perbalahan kecil dengan jaga untuk menonton filem di Times Square. Namun merekalah antara pelajar terbaik fakulti. Jadi bertambahlah manusia yang membenci mereka terutamanya budak-budak perasan bagus dan sering mengulang dalam peperiksaan.

Darwina tersenyum lagi. Dia sangat menghargai kenangan itu. Itulah permata berharga yang akan dia bawa ke akhir hayat. Mereka sudah di anggap Darwina sahabat yang sejati dan soul mates yang terbaik. Benar, sahabat kadangkala lebih bermakna daripada saudara sendiri. 'Teman-teman, kita bina lagi kenangan dan gelak tawa bersama-sama ya!' bisik hati Darwina. Setitis air mata jatuh ke pipinya. Dia sangat terharu.
***
Lambat-lambat Darwina melalui rak-rak buku di perpustakaan. Tiba-tiba dirinya yang tidak pernah menghiraukan rak-rak novel itu, terasa teringin untuk membaca novel. Lama dah dia tidak melayan novel-novel. Sejak menapak di universiti. Sejak mula sibuk dengan urusan belajar, dia sudah jarang-jarang membaca novel. Tiba-tiba saat itu terasa membuak pulak hatinya mahu mencari novel Cinta Pertama karya Norhayati Berahim. 

Dia tiba-tiba terkenang, ketika menggilai novel-novel dulu, Hakim turut menyokong minatnya.'Ohh kekasih lama yang tidak diketahui khabarnya' bisik hati Darwina. Hakim, kekasih zaman sekolahnya dahulu. Hakim, lelaki yang mengajarnya pahit manis bercinta. Hakim, cinta pertamanya. Hakim,  juga lelaki yang pernah membuatnya bahagia akhirnya terluka bila cinta mereka terhalang oleh ibunya Hakim.

Pap!

Terlepas buku di tangan Darwina. Dia yang baru tersedar dari anganya, berasa cemas. 'Alah mamat ni potong line betul laa' marah Darwina di dalam hati.

"Sorry sorry. Saya tak perasan awak tadi," Lelaki berkaca mata itu memerhati Darwina. Darwina diam saja. Hatinya sedikit panas bila angannya di ganggu. Tapi salah dia juga kerana tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Buku sudah bertukar tangan. Darwina diam saja. Dia mula meluat bila lelaki itu tersengih-sengih memandangnya. Darwina terus berlalu tanpa sepatah kata. 

Ketika menghampiri Mira, Darwina baru terperasan. Buku yang dipegangnya tadi tertukar dengan lelaki tersebut. Darwina mengeluh.

"Hey! Sejak bila pulak kau reti baca buku politik law pulak?" sindir Mira sambil mencubit lengan Darwina. Darwina buat muka.

"Eh. Kau marah ke?" Mira memandang Darwina lantas Darwina menarik lengan Mira mengajaknya keluar dari perpustakaan itu. Buku undang-undang politik itu diletakkannya di atas meja yang berhampiran. Dia mula berfikir, 'Dah nak habis diploma aku kat sini, tapi tak pernah nampak pulak mamat tadi tu' getus hati Darwina.

Darwina memandang ke belakang dan kawasan sekitarnya. "Budak baru kot.'

###

...seriously rinduuu...

I thought that things like this get better with time
But I still need you, why is that?
You're the only image in my mind
So I still see you... around

I miss you, like everyday
Wanna be with you, but you're away
Said I miss you, missing you insane
But if I got with you, could it feel the same?

Words don't ever seem to come out right
But I still mean them, why is that?
It hurts my pride to tell you how I feel
But I still need to, why is that?


It don't matter who you are
It's so simple, a feeling
But it's everything 
No matter who you love
It is so simple, a feeling
But it's everything


...back to track fifi! back to track...

How do I end up in the same old place,
faced again with the same mistakes,
so stubborn thinkin I know what is right,
but life proves me wrong everytime,
takin roads that lead me nowhere,
how do I expect to get there,
but when will I learn to just put you first.


I come to you now when I need you,
but why do I wait to come see you,
I always try to do this on my own but I was wrong cause only with you can I move on. Can I move on.



When I am weak it's you that makes 
me strong,
and I know that you've been with me all along,
so many times I begin to close my eyes and listen to my heart,
with you life is so easy why do I 
make it hard, 
oh takin roads that lead me nowhere how do I expect to get there when will I Learn to just put you first.



move on-Bruno Mars.


p/s: can i say 'what is mine,is mine. what is yours is mine too*sigh*



...part 2-takdir untuk kita...

Darwina benar-benar rasa terasing. dia dikelilingi orang yang tidak dikenalinya. rasa menyesal pun  ada dia mengikut Khaleeda ke majlis hari jadi sahabatnya. Darwina masih duduk di satu sudut. gelas air setengah saja terusik di tangannya. dia benar-benar rasa mahu menjerit dan pergi dari situ. Darwina memandang Khaleeda yang rancak berbual dengan sahabat-sahabatmya. betul-betul tidak menghiraukan kegelisahan Darwina itu.

"hai! sepupu Khaleeda ehh?" seorang lelaki berkaca mata tidak dikenali duduk di kerusi kosong di sebelah Darwina. dia mula gelisah. tapi ketampanan jejaka berkaca mata itu buat dia tersenyum saja.

"saya Mahfuz. classmate Khaleeda," senyum saja Mahfuz memandang Darwina. Darwina tetap memandang kosong terhadap lelaki itu.'control diri kau Wiwi. tak boleh tunjuk cair.' hati Darwina berbisik sendiri. Mahfuz terus bangkit apabila seorang lelaki bersama dua orang perempuan menegurnya. Darwina kelegaan. sekurang-kurangnya. dia tak perlu menahan gelisah lagi. Mahfuz terus hilang di dalam keramaian majlis itu.
***
langit mendung kelabu menetaskan hujan sewaktu Hajah Kamsiah terhendap-hendap memandu membelah lebuh raya apakal si suami tiba-tiba menelefon. 'hmm,baru enam hari lepas bayar saman' getus hati kecil Hajah Kamsiah. entahkan patut entahkan tidak dia menjawab telefon. al-maklum, nasib dia memang selalu kurang baik dengan encik-encik polis trafik. tak pernah tidak kena sergah atau kena tahan sebab degil tak bertali pinggang atau suka sangat bercakap-cakap di telefon sambil memandu. nasiblah, Hajah Kamsiah jawab juga telefon dan hujan terus turun berdetas-detas mengaburi cermin kereta

"yang,dapat mesej dari abang Razlan?" Hajah Kamsiah kerling icon sampul surat yang belum dibuka.

"ada,belum buka. kenapa?" "kak Rosie dah meninggal dunia."

mendengarnya jantung Hajah Kamsiah serasa luruh sampai ke kaki.dia mematikan telefon bimbit,campak ke sisi,terus menekan pedal minyak membelah hujan yang semakin kasar berceratuk. hati terasa sedih bagai dicakar-cakar. baru semalam,6 jun hari lahir arwah Rosie dan tengah malam 6 jun itu Hajah Kamsiah bermimpikan sesuatu. tetapi dia tidak pula menceritakannya kepada sesiapa pun. tidak kepada Haji Hisyam,tidak kepada adik-beradik,tidak kepada teman-teman,tidak juga kepada anak-anak. dan hari ini,sehari selepas hari jadi arwah, ia benar-benar terjadi. serupa sebagaimana yang Hajah Kamsiah mimpikan. sungguh jelas di dalam mimpi,kak Rosie meninggal dunia,sehari selepas hari jadi beliau dan hari ini,khabar sedih itu benar-benar menerjah telinga,membuat Hajah Kamsiah takut. apakah selepas ini dia harus mempercayai dan mengambil berat akan mimpi-mimpi yang mendatangi tidurnya,kerana ini bukanlah kebetulan pertama yang pernah terjadi.
***
Hajah Kamsiah tiba di tanah perkuburan sewaktu Rosie sedang ditalkinkan.

"orang mengandung tak baik pergi kubur," Hajah Kamsiah berpesan dan menegah,tetapi mana mungkin Yanie tidak mendekati ibu sendiri. pada jarak yang sebegini dekat. walaupun dia sudah pun selamat disemadikan,tak dapat dan tak sempat Yanie dan adik-beradik megucup dahinya yang sejuk buat kali terakhir.

###

...jatuh hati kali ke 150 juta...

untuk kali kseratus lima puluh juta,
mreka tanyakan aku soalan yang sama,
“eh knapa kau masih lg mahukan dia?”
“apa kau pura2 suka”
di sratus lima puluh juta kali itu,
di depan smua aku tsenyum sinis,
yang sedang buat muka kosong x ambil tahu,
sambil ketawa aku bilang satu per satu.
“dia mungkin ego keras kpala”
“tp dia hormat aku apa adanya”
“dia mungkin kadang tunjuk sikap x ambk ksah”
“tp dia jelas, jujur apa adanya”
“aku lagi kenal dia”
dah lebih seratus lima puluh juta kali,
aku pesan pada dri apa yang bakal jadi,
engkau & aku ada mungkin tidak bsama lg,
engkau sangat ego, aku ini pula kuat cmburu.
di stiap sratus lima puluh jutanya,
aku pun dalam hati smacam xpercaya,
apa aku lihat pada drimu,
trus aku snyum, sambil bfkir.
“abang mungkin ego x kira masa
tp fifi tahan kalau yang salah itu fifi
abang mungkin saja keras kepala
tp abng manja bla kta brdua-
saya kenal sayang saya”
buat apa dcerita,
ksah cnta kta brdua,
biar xdipercaya,
peduli orang kata.
baju renyuk x apa,
asal pakai selesa,
bkilau xbermakna,
klu hati x ada.
aku lebih bengis dr sang naga,
tp bisa nangis smata demi cinta,
suaraku keras xberbahasa,
kerna aku rimas gedik mengada2.
aku mudah baran xsemena,
mana bleh tahan angin cemburu buta,
dan aku sngaja tunjuk keras kepala,
aku punya manja, kau saja boleh rasa.
rahsia kita berdua...
p/s: iloveyou. no doubt!


...part 1-budak manja...

pagi ini malas Darwina malas macam selalu. capai telefon bimbit. dengan separuh mata terbuka dia memeriksa satu persatu mesej baru. dia meletak kembali telefon tersebut di atas meja. malas mahu melayan mesej berantai. 'narrow minded punya orang' bisik hatinya. digagahkan juga dirinya melangkah mengambil tuala. sempat lagi dia tersenyum sendiri di cermin.

selesai bersiap dan solat,Darwina meletakkan beg sekolahnya di kerusi ruang tamu. ruang rumah sudah cerah. ahli keluarga Darwina yang lain sibuk ke hulur ke hilir untuk bersiap. Darwina duduk saja di kerusi ruang makan.

"mama masak nasi goreng pedas-pedas pulak hari ni ye." senyum saja Darwina memandang mamanya.

"yelah. nanti ada orang complain. merungut teringin itu teringin ini. haa." Hajah Kamsiah menyeduk nasi untuk suaminya. Darwina buat-buat tak dengar.

"ma,besok Wiwi ikut Khaleeda boleh? ada birthday party kawan dia." penuh harapan suara Darwina.

"kenal ke?"

"ahh awak ni. biarlah budak tu berkawan. lagipun dengan Khaleeda tu,anak saudara awak jugak." sampuk Haji Hisyam lalu melabuhkan punggung di sebalah Darwina. Hajah Kamsiah sekadar mengangguk. senyum saja Darwina. bukan mudah dapat kebenaran dari mamanya selalu.

***

Darwina melepaskan bebanan beg sekolahnya di meja belajar. telefon bimbit dicapai sambil dia membuka tudung sekolahnya.

'jadi. hooyeah!'

ringkas saja pesanan mesej Darwina kepada sepupunya. Darwina baring di katil. 'tapi nak pakai baju apa?' Darwina mula berfikir-fikir.

"hoi!" sergah Amir. Darwina terus tersedar dari lena. tak sangka boleh tertidur dengan mudahnya.

"hey! tak hormat adik pun,hormatlah privacy perempuan. kalau adik naked ke apa ke,boleh roboh rumah ni tau. haa." marah Darwina.

"alaa dah tak boleh gurau dah mak cik ni sekarang. abang nak keluar jap. nak ikut?" Amir mencuit hidung adiknya. Darwina ini memang cepat marah tapi kalau kena dengan pujuk,dia boleh tersenyum dengan mudah.

"ehh tak keluar dengan girlfriend ke?" Darwina bangkit kemudian duduk betul-betul di hadapan abangnya.


"now you laa girlfriend I." Amir bangkit.


"heh! mengada lah tu."


"cepat! 5 minit saja." mengarah saja nada Amir. terus dia hilang di sebalik pintu kamarnya Darwina.

###

...sebab senyum ini...

Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu
Berjuta pilihan disisiku
Takkan bisa mengantikanmu

Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu menjadi yang terbaik
Dan masih menjadi yang terbaik

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku

Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

ku tetap menanti-nikita willy

p/s: erna mainkan lagu neh time sibuk dgn assignment. trus err TERSENTAP seyhhh-.-



...untunglaa kan...


hey fifi! untunglaa ada orang ambk berat. hewhew.