Favorite Past Time

...part 1-budak manja...

pagi ini malas Darwina malas macam selalu. capai telefon bimbit. dengan separuh mata terbuka dia memeriksa satu persatu mesej baru. dia meletak kembali telefon tersebut di atas meja. malas mahu melayan mesej berantai. 'narrow minded punya orang' bisik hatinya. digagahkan juga dirinya melangkah mengambil tuala. sempat lagi dia tersenyum sendiri di cermin.

selesai bersiap dan solat,Darwina meletakkan beg sekolahnya di kerusi ruang tamu. ruang rumah sudah cerah. ahli keluarga Darwina yang lain sibuk ke hulur ke hilir untuk bersiap. Darwina duduk saja di kerusi ruang makan.

"mama masak nasi goreng pedas-pedas pulak hari ni ye." senyum saja Darwina memandang mamanya.

"yelah. nanti ada orang complain. merungut teringin itu teringin ini. haa." Hajah Kamsiah menyeduk nasi untuk suaminya. Darwina buat-buat tak dengar.

"ma,besok Wiwi ikut Khaleeda boleh? ada birthday party kawan dia." penuh harapan suara Darwina.

"kenal ke?"

"ahh awak ni. biarlah budak tu berkawan. lagipun dengan Khaleeda tu,anak saudara awak jugak." sampuk Haji Hisyam lalu melabuhkan punggung di sebalah Darwina. Hajah Kamsiah sekadar mengangguk. senyum saja Darwina. bukan mudah dapat kebenaran dari mamanya selalu.

***

Darwina melepaskan bebanan beg sekolahnya di meja belajar. telefon bimbit dicapai sambil dia membuka tudung sekolahnya.

'jadi. hooyeah!'

ringkas saja pesanan mesej Darwina kepada sepupunya. Darwina baring di katil. 'tapi nak pakai baju apa?' Darwina mula berfikir-fikir.

"hoi!" sergah Amir. Darwina terus tersedar dari lena. tak sangka boleh tertidur dengan mudahnya.

"hey! tak hormat adik pun,hormatlah privacy perempuan. kalau adik naked ke apa ke,boleh roboh rumah ni tau. haa." marah Darwina.

"alaa dah tak boleh gurau dah mak cik ni sekarang. abang nak keluar jap. nak ikut?" Amir mencuit hidung adiknya. Darwina ini memang cepat marah tapi kalau kena dengan pujuk,dia boleh tersenyum dengan mudah.

"ehh tak keluar dengan girlfriend ke?" Darwina bangkit kemudian duduk betul-betul di hadapan abangnya.


"now you laa girlfriend I." Amir bangkit.


"heh! mengada lah tu."


"cepat! 5 minit saja." mengarah saja nada Amir. terus dia hilang di sebalik pintu kamarnya Darwina.

###

No comments:

Post a Comment