Favorite Past Time

...part 3 sepanjang jalan kenangan...

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa 

Lirik lagu diatas memberi makna mendalam dan tersendiri dalam hidup Darwina. Lagu Memori Tercipta nyanyian Shila Amzah itu cukup menusuk jiwa terutamanya ketika bersendirian. Waktu itulah segala peristiwa yang bersama mendewasakan dirinya. Pahit, manis, kelat dan masam semuanya bercampur baur pekat bergaul dalam ingatan. Semua kenangan itu akan membuat Darwina tersenyum sendiri. Itulah kenangan. Yang indah memberi kemanisan, yang pahit memberi pengajaran. 

Darwina membaringkan diri di katilnya. Dia bakal mengakhiri semester terakhirnya dalam diploma pada bulan hadapan. 3 tahun sudah berlalu. Antara kenangan yang paling memberi kesan dalam hidupnya kenangan sewaktu baru menapak di alam kampus. Setiap manusia akan mengalami zaman pra dewasa. Darwina menghabiskan zaman pra dewasanya di kampus. Semuanya berubah. Semuanya bertukar. Masih segar lagi di ingatan Darwina betapa dia enggan menerima hakikat umurnya sudah mencecah di awal 20. Darwina seorang gadis yang pemalu. Suaranya halus saja didengar ketika bercakap. Sedaya upaya dia berusaha bila melakukan pembentangan assignment. Lama -kelamaan Darwina mula terbiasa dan menerima keadaan di harus keluar dari takuk yang lama, barulah segalanya berjalan lancar. Dia kadang-kadang sudah tidak malu menjerit-jerit sekuat hati ataupun menyanyi sesedap rasa walaupun selalu off key bila bersama-sama sahabatnya.

Darwina tinggal di hostel sepanjang pengajiannya di UiTM Puncak Alam. Jika hujung minggu, barulah dia akan balik ke rumah. Berjauhan dengan mama dan papa sekali-sekala membuatkan rasa resah gelisahnya. Mana tak nya. Satu-satunya anak perempuan. Namun Darwina dapat juga menyesuaikan diri akhirnya. Sehinggakan dia terasa terlebih gembira berada di kampus.

Tinggal di hostel mengajar Darwina untuk hidup berdikari. Makan nasi dan lauk tak sesedap di rumah dan membasuh baju sendiri. Tapi itulah pengalaman yang tidak ternilai harganya. Khaleeda sampai sekarang masih tidak tahu menggosok baju sendiri. Alahai anak tunggal. Namun yang paling menyeronokan ialah teman-teman. Itu yang sukar didapati oleh pelajar-pelajar harian. Di hostel, Darwina lebih akrab dengan sahabat-sahabatnya. Segala masalah peribadi dan pelajaran dikongsi bersama. Bergelak ketawa dan bergaduh bermasam muka sesama sendiri adalah perkara rutin bagi setiap pelajar yang tinggal di hostel.

Dalam banyak-banyak teman sehostel, Darwina mempuanyai tiga orang sahabat yang paling rapat. Mira, Rina dan Anis. Mereka satu kepala, gila-gila dan dicemburui teman-teman lain. Biarpun begitu, minat masing-masing berbeza. Satu perkara yang memberi titik persamaan antara mereka ialah semuanya tak ambil kisah orang punya hal. Senang hidup berempat sahaja.

Kata orang, mereka berempat ini semuanya manis-manis dan bergaya belaka. Bak kata bahasa budak satu kelas, 'gadis melayu terakhir'. Oleh sebab itu, mereka berempat menjadi perhatian yang berlebihan di kalangan pelajar-pelajar lelaki sehinggakan ramailah gadis lain yang meluat atau lebih tepat memcemburui mereka. Manakan tidak, setiap hari ada sahaja datang salam perkenalan daripada abang-abang senior. Siap ada yang mengatakan mereka gila publisti murahan malahan ada yang pernah memberi amaran agar tidak terlalu rapat dengan kekasih mereka. Darwina teringat lagi, dia kerap menerima emel-emel misteri dari seorang lelaki yang dikenali sebagai Fikri. Katanya budak satu universiti tapi lain bidang. Darwina tidak pernah menghiraukan semua itu.

Sikap mereka berbeza-beza. Darwina sopan santun orangnya. Mira itu suka mengkritik sehingga ada sahabat perempuan menangis apabila dia memberi ayat makan dalam yang berbisa. Rina pula pandai memujuk orang. Anis sangat obses dengan program dietnya.

Bila di tahun akhir, mereka menjadi senior yang bebas bebuat apa sahaja.  Sanggup pulang lambat tengah malam sehingga berlaku perbalahan kecil dengan jaga untuk menonton filem di Times Square. Namun merekalah antara pelajar terbaik fakulti. Jadi bertambahlah manusia yang membenci mereka terutamanya budak-budak perasan bagus dan sering mengulang dalam peperiksaan.

Darwina tersenyum lagi. Dia sangat menghargai kenangan itu. Itulah permata berharga yang akan dia bawa ke akhir hayat. Mereka sudah di anggap Darwina sahabat yang sejati dan soul mates yang terbaik. Benar, sahabat kadangkala lebih bermakna daripada saudara sendiri. 'Teman-teman, kita bina lagi kenangan dan gelak tawa bersama-sama ya!' bisik hati Darwina. Setitis air mata jatuh ke pipinya. Dia sangat terharu.
***
Lambat-lambat Darwina melalui rak-rak buku di perpustakaan. Tiba-tiba dirinya yang tidak pernah menghiraukan rak-rak novel itu, terasa teringin untuk membaca novel. Lama dah dia tidak melayan novel-novel. Sejak menapak di universiti. Sejak mula sibuk dengan urusan belajar, dia sudah jarang-jarang membaca novel. Tiba-tiba saat itu terasa membuak pulak hatinya mahu mencari novel Cinta Pertama karya Norhayati Berahim. 

Dia tiba-tiba terkenang, ketika menggilai novel-novel dulu, Hakim turut menyokong minatnya.'Ohh kekasih lama yang tidak diketahui khabarnya' bisik hati Darwina. Hakim, kekasih zaman sekolahnya dahulu. Hakim, lelaki yang mengajarnya pahit manis bercinta. Hakim, cinta pertamanya. Hakim,  juga lelaki yang pernah membuatnya bahagia akhirnya terluka bila cinta mereka terhalang oleh ibunya Hakim.

Pap!

Terlepas buku di tangan Darwina. Dia yang baru tersedar dari anganya, berasa cemas. 'Alah mamat ni potong line betul laa' marah Darwina di dalam hati.

"Sorry sorry. Saya tak perasan awak tadi," Lelaki berkaca mata itu memerhati Darwina. Darwina diam saja. Hatinya sedikit panas bila angannya di ganggu. Tapi salah dia juga kerana tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Buku sudah bertukar tangan. Darwina diam saja. Dia mula meluat bila lelaki itu tersengih-sengih memandangnya. Darwina terus berlalu tanpa sepatah kata. 

Ketika menghampiri Mira, Darwina baru terperasan. Buku yang dipegangnya tadi tertukar dengan lelaki tersebut. Darwina mengeluh.

"Hey! Sejak bila pulak kau reti baca buku politik law pulak?" sindir Mira sambil mencubit lengan Darwina. Darwina buat muka.

"Eh. Kau marah ke?" Mira memandang Darwina lantas Darwina menarik lengan Mira mengajaknya keluar dari perpustakaan itu. Buku undang-undang politik itu diletakkannya di atas meja yang berhampiran. Dia mula berfikir, 'Dah nak habis diploma aku kat sini, tapi tak pernah nampak pulak mamat tadi tu' getus hati Darwina.

Darwina memandang ke belakang dan kawasan sekitarnya. "Budak baru kot.'

###

No comments:

Post a Comment