Favorite Past Time

...part 2-takdir untuk kita...

Darwina benar-benar rasa terasing. dia dikelilingi orang yang tidak dikenalinya. rasa menyesal pun  ada dia mengikut Khaleeda ke majlis hari jadi sahabatnya. Darwina masih duduk di satu sudut. gelas air setengah saja terusik di tangannya. dia benar-benar rasa mahu menjerit dan pergi dari situ. Darwina memandang Khaleeda yang rancak berbual dengan sahabat-sahabatmya. betul-betul tidak menghiraukan kegelisahan Darwina itu.

"hai! sepupu Khaleeda ehh?" seorang lelaki berkaca mata tidak dikenali duduk di kerusi kosong di sebelah Darwina. dia mula gelisah. tapi ketampanan jejaka berkaca mata itu buat dia tersenyum saja.

"saya Mahfuz. classmate Khaleeda," senyum saja Mahfuz memandang Darwina. Darwina tetap memandang kosong terhadap lelaki itu.'control diri kau Wiwi. tak boleh tunjuk cair.' hati Darwina berbisik sendiri. Mahfuz terus bangkit apabila seorang lelaki bersama dua orang perempuan menegurnya. Darwina kelegaan. sekurang-kurangnya. dia tak perlu menahan gelisah lagi. Mahfuz terus hilang di dalam keramaian majlis itu.
***
langit mendung kelabu menetaskan hujan sewaktu Hajah Kamsiah terhendap-hendap memandu membelah lebuh raya apakal si suami tiba-tiba menelefon. 'hmm,baru enam hari lepas bayar saman' getus hati kecil Hajah Kamsiah. entahkan patut entahkan tidak dia menjawab telefon. al-maklum, nasib dia memang selalu kurang baik dengan encik-encik polis trafik. tak pernah tidak kena sergah atau kena tahan sebab degil tak bertali pinggang atau suka sangat bercakap-cakap di telefon sambil memandu. nasiblah, Hajah Kamsiah jawab juga telefon dan hujan terus turun berdetas-detas mengaburi cermin kereta

"yang,dapat mesej dari abang Razlan?" Hajah Kamsiah kerling icon sampul surat yang belum dibuka.

"ada,belum buka. kenapa?" "kak Rosie dah meninggal dunia."

mendengarnya jantung Hajah Kamsiah serasa luruh sampai ke kaki.dia mematikan telefon bimbit,campak ke sisi,terus menekan pedal minyak membelah hujan yang semakin kasar berceratuk. hati terasa sedih bagai dicakar-cakar. baru semalam,6 jun hari lahir arwah Rosie dan tengah malam 6 jun itu Hajah Kamsiah bermimpikan sesuatu. tetapi dia tidak pula menceritakannya kepada sesiapa pun. tidak kepada Haji Hisyam,tidak kepada adik-beradik,tidak kepada teman-teman,tidak juga kepada anak-anak. dan hari ini,sehari selepas hari jadi arwah, ia benar-benar terjadi. serupa sebagaimana yang Hajah Kamsiah mimpikan. sungguh jelas di dalam mimpi,kak Rosie meninggal dunia,sehari selepas hari jadi beliau dan hari ini,khabar sedih itu benar-benar menerjah telinga,membuat Hajah Kamsiah takut. apakah selepas ini dia harus mempercayai dan mengambil berat akan mimpi-mimpi yang mendatangi tidurnya,kerana ini bukanlah kebetulan pertama yang pernah terjadi.
***
Hajah Kamsiah tiba di tanah perkuburan sewaktu Rosie sedang ditalkinkan.

"orang mengandung tak baik pergi kubur," Hajah Kamsiah berpesan dan menegah,tetapi mana mungkin Yanie tidak mendekati ibu sendiri. pada jarak yang sebegini dekat. walaupun dia sudah pun selamat disemadikan,tak dapat dan tak sempat Yanie dan adik-beradik megucup dahinya yang sejuk buat kali terakhir.

###

No comments:

Post a Comment